Saturday, 29 June 2013

Sinopsis Setia Hujung Nyawa


SINOPSIS NOVEL SETIA HUJUNG NYAWA ONLINE

JANUARY 23, 2013 · 16 COMMENTS
Berikut adalah sinopsis Novel Setia Hujung Nyawa secara online. Novel yang kini diolah kepada drama telah mendapat sambutan hangat dari penonton sehinggakan buku novel tersebut dinobatkan sebagai buku paling terlaris dijual di pasaran MPH Bookstore. Plot cerita yang mendalam telah menarik minat pembaca dan membuatkan mereka ingin mengetahui apa kisah yang selanjutnya. Kepada anda diluar sana, jangan lepaskan peluang untuk membeli Novel ni sementara ia masih berada dipasaran.
novel setia hujung nyawa
Novel Paling Laris Di MPH Book Store

Novel Setia Hujung Nyawa telah mendapat sambutan dengan jualan tertinggi pada minggu ini sebaik sahaja drama tersebut ditayangkan di TV3.
setia hujung nyawa
Sinopsis Novel Setia Hujung Nyawa

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
iloveyoumorethanyouloveme

Running Man Members


The Best Seven Running Man !!!







RM : Song Jihyo , Lee Kwang Soo , Haha , Ji Suk Jin , Yoo Jae Suk , Kang Gary , Kim Jong Kook...
(Korean Show)

Friday, 28 June 2013

WS dan NA

Ada sebuah kisah tentang seorang pelajar lelaki berumur 15 tahun yang tidak begitu menonjol di dalam kelas dan tidak berapa dikenali kerana sifatnya yang pendiam.Namanya samarannya WS , beliau telah jatuh hati kepada seorang wanita di dalam kelasnya, yang boleh dikenali sebagai NA yang juga sama umur, namun malu untuk merapatkan diri untuk cuba berkenalan dengan wanita tersebut. WS mengambil langkah dengan meminta nombor telefon NA daripada kawan baik NA . Setelah berhari-hari beliau berbalas-balas mesej , WS smakin jatuh hati dengan kelakuan baik NA yang sangat baik , solehah , cantik dan sebagainya. Suatu hari WS menyatakan perasaannya kepada NA dan cuba untuk mintak couple dengan wanita tersebut,tetapi ditolak kerana wanita itu seorang yang solehah dn tak ingin brcouple.Hasrat WS tidak tercapai,tetapi semakin ditolak semakin terpikat dibuatnya... WS mengambil lang kah untuk sekadar menjadi kawan baik kepada NA sahaja. Masuk tingkatan 4 WS telah tukar sekolah , Namun tidak pernah lose contact malah makin sering berbalas-balas mesej.hari demi hari berlalu begitu cepat , setelah sekian lama bermesej,tetapi mereka tidak pernah berjumpa diluar.kli terakhir mereka berjumpa semasa di tingkatan 3,namun kini telah masuk ke tinkatan 5 iaitu WS dan NA akn mnduduki peperiksaan SPM, mereka sudah jarang bermesej kerana masing2 tumpukan pada pelajaran dan peperiksaan ,Setelah selesai SPM dan kedua-duanya mendapat kptusan yang cemerlang,WS ter lebih dahulu menyambung pelajarannya di politeknik dan NA sekadar meneruskan pelajaran di tingkatan 6.
Pada suatu hari , NA menghantar mesej kepada WS kerana ingin mengajaknya keluar makan ,WS terkejut besar kerana tidak menyangka NA sudi mengajak beliau keluar walaupun bersama-sama rakan yang lain ,WS mempunyai firasat bahawa mgkin kli ini NA membalas cintanya.. 6 orang keluar skali berjalan2.... mereka singgah di KFC untuk makan sambil berborak borak kosong , WS dan NA tidak begitu bersuara akibat masih lagi terasa malu dan segan setelah sekian lama tidak berjumpa,masa itu WS mengharap kan sesuatu ungkapan yang positif daripada NA kerana setelah 4 tahun WS menunggu jawapn untuk prasaan cintanya kepada NA .... namun masa berlalu begitu pantas , perjumpaan itu berakhir begitu saja , WS berasa kecewa ... setahun slepas itu NA pula dapat meneruskan pelajaran di politeknik... namun selepas NA masuk ke politeknik,perangai NA semakin berubah,mereka jarang bermesej dan NA jarang membalas mesej ...
apabila ada kesemptan untuk mesej,time itulah digunakan oleh WS untuk mengharapkan kembali cintanya yang telah kian lama tidak berbalas,... atas setiakan cintanya kepada NA , beliau sanggup menunggu jawapn yang tidak pasti selama 5 tahun dari NA namun tanpa diduga NA mengatakan sesuatu yang tidak ingin didengar oleh WS, cinta dan harapannya yang selama ini setia ditunggu2 akhirnya berkecai setelah NA menolaknya dengan cara yang baik, namun keperitan itu amat dirasai oleh WS yang mengharapkan perasaan cntanya kepda NA berbalas,apkah ini yang patut dterima oleh WS? Namun Begitu, dimata WS , NA masih lagi tetap menjadi wanita yang paling sempurna dimata WS !
Begitulah ceritanya,wlaupon kngan itu pahit untuk WS,namun semua itu tetap akn diingat smpai ble2....